KOTA BHARU | 29 Zulhijjah 1446H bersamaan 26 Jun 2025 | Khamis | 7.00 malam
ππππππ ππππππ πππ πππππ & ππππ πππππ ππππππ πππππ ππππππππ ππππππππ πππππ πππππππππ ππππππ ππππππππ πππππ/πππππ
Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan, telah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Doa Sempena Akhir Tahun 1446H dan Awal Tahun 1447H serta Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
Ketibaan Diraja disambut oleh:
β’ YAB Datoβ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan
β’ YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta
β’ YABhg. Datoβ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
β’ YDH Datoβ Ketua Polis Kelantan
β’ Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan
β’ Jemaah Penyambut DβRaja
Turut mengiringi YTM Tuanku ialah YBM Tengku Temenggong Kelantan.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa Akhir Tahun 1446H dan usai Azan Maghrib pula bacaan doa Awal Tahun 1447H yang dipimpin oleh Sahibul Samahah YB. Datoβ Kaya Perba Mufti Kerajaan Kelantan sebelum Yang Teramat Mulia Tuanku berkenan menunaikan Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hafizi bin Ramli, Imam Tua Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
Majlis turut diserikan Ceramah Sempena Tahun Baru 1447H dan Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud.
YTM Tuanku berkenan menunaikan solat Fardhu Isyak berjemaah dan seterusnya berkenan menyampaikan anugerah-anugerah sempena Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1447H / 2025M.
YTM Tuanku berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Hijratul Rasul 1447H kepada YB Datoβ Bentara Kanan Ustaz Datoβ Haji Ahmad bin Yakob, Mantan Menteri Besar Kelantan. YTM Tengku Mahkota Kelantan juga berkenan mengurniakan Anugerah kepada seramai 30 penerima lain mengikut kategori masing-masing dan seterusnya berangkat pulang meninggalkan majlis.
βISLAM MEMBIMBING, RAJA MEMIMPIN, NEGERI DIBERKATIβ
βSEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRATβ

2025 Hakmilik | MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN