Fungsi Pejabat Sultan Kelantan

Fungsi utama Pejabat Sultan Kelantan berperanan dalam memberikan perkhidmatan khusus kepada Institusi D’Raja Kelantan dalam semua hal yang berkaitan dengan urusan istana. Tanggungjawab ini meliputi segala aspek pengurusan pentadbiran dan kewangan, protokol, keselamatan, penyelenggaraan dan penyeliaan istana serta pengurusan pengangkutan D’Raja.

Selain itu, pejabat ini berfungsi sebagai perantara dan penghubung rasmi antara Kerajaan Negeri, agensi luar, dengan Institusi D’Raja Kelantan. Melalui peranan ini, Pejabat Sultan memastikan segala urusan rasmi dan tidak rasmi yang melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan disalurkan dengan teratur dan berhemah serta mengikut tatacara istiadat yang ditetapkan.

 

Fungsi Bahagian Pejabat Sultan Kelantan

Pengurusan D’Raja

  • Menguruskan dan menyelaras segala urusan pergerakan KDYMM Sultan Muhammad V, DYMM Sultanah Kelantan dan YTM Tengku Mahkota Kelantan .
  • Menguruskan surat dan segala dokumen kerajaan dan lain-lain agensi untuk disembahkan kepada KDYMM Tuanku
  • Mengurus dan mengatur segala urusan rasmi dan tidak rasmi KDYMM Sultan Muhammad V, DYMM Sultanah Kelantan dan YTM Tengku Mahkota Kelantan untuk segala keperluan.

 

Pentadbiran dan Pengurusan Istana

  • Menguruskan hal-ehwal pengurusan pejabat
  • Merancang dan menguruskan keperluan sumber manusia
  • Memastikan keperluan KDYMM Sultan Muhammad V, DYMM Sultanah Kelantan dan YTM Tengku Mahkota Kelantan berjalan lancar
  • Memantau tahap keselamatan di semua Istana
  • Menguruskan kenderan (termasuk pemantauan penyelenggaraan) yang berdaftar.Kewangan
  • Menguruskan hal-ehwal perbelanjaan pejabat
  • Menyediakan bajet untuk keperluan pengurusan di semua Istana
  • Mengawal perbelanjaan pejabat

 

Protokol dan Adat Istiadat

  • Menyelaras semua majlis melibatkan KDYMM Sultan Muhammad V, DYMM Sultanah Kelantan dan YTM Tengku Mahkota Kelantan
  • Mengurus dan mengatur semua majlis menghadap KDYMM Sultan Muhammad V, DYMM Sultanah Kelantan dan YTM TMK.
  • Menentukan pengiring KDYMM Sultan Muhammad V, DYMM Sultanah Kelantan dan YTM TMK ke majlis rasmi.
  • Menyelaras dan menyusun kedudukan D’Raja dan dif-dif jemputan.
  • Mengurus dan menyelaras semua istiadat.

 

Teknikal dan Senggara Operasi

  • Memastikan semua Istana diselenggara dengan baik.
  • Membuat penilaian ke atas kerja-kerja pembinaan, pembaikian dan peneyelenggaran bangunan Istana oleh syarikat/kontraktor luar.
  • Urusetia kepada Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga dan Jawatankuasa Sebut Harga
  • Menguruskan segala urusan berkaitan kontrak-kontrak perkhidmatan

 

Media dan Komunikasi Korporat

  • Menyelaras maklumat hebahan aktiviti rasmi KDYMM Sultan Muhammad V, DYMM Sultanah Kelantan dan YTM Tengku Mahkota Kelantan
  • Mengambil gambar dan video aktiviti rasmi KDYMM Sultan Muhammad V, DYMM Sultanah Kelantan dan YTM Tengku Mahkota Kelantan
  • Menjilid, membuku dan menyediakan dokumen aktiviti bagi tujuan dokumentasi

 

Pengurusan RKE dan KSP

  • Menguruskan hal ehwal pengurusan RKE & KSP.
  • Memantau segala keperluan di RKE & KSP.