Objektif penubuhan pejabat ini adalah untuk mengurus serta mentadbir segala urusan rasmi yang berkaitan dengan pelaksanaan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Duli Yang Maha Mulia Sultanah dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan bagi Negeri Kelantan Darul Naim. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V merupakan Raja Pemerintah Negeri Kelantan di bawah sistem Raja Berperlembagaan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan. Objektif utama pejabat ini adalah memastikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V mendapat perkhidmatan yang menyeluruh dan sempurna dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah baginda sebagai Ketua Negeri Kelantan.
Antara tanggungjawab utama baginda ialah:
Selain daripada menguruskan pelaksanaan pentadbiran di bawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Pejabat Sultan Kelantan juga turut komited dalam menyediakan khidmat sokongan yang cekap bagi memastikan objektif organisasi tercapai. Penyediaan kemudahan prasarana selaras dengan dasar Pejabat Sultan Kelantan dalam menyediakan kemudahan yang sempurna untuk kelancaran perjalanan program dan aktiviti D’Raja juga menjadi antara objektif organisasi ini. Pejabat Sultan Kelantan juga mestilah bersedia dalam menentukan semua urusan mengenai Istiadat Pengurniaan Kehormatan Negeri dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur. Pejabat Sultan Kelantan mestilah memastikan penyelenggaraan dan kebersihan istana sentiasa dilaksanakan secara berkala dan berterusan.