Majlis Penasihat Raja Kelantan

Majlis penasihat Raja (MPR) Kelantan ialah Majlis yang ditubuhkan dengan tugas utamanya adalah untuk menolong dan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam menjalankan tanggungan-tanggungan Baginda. MPR juga akan beserta dan bersetuju dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkaitan dengan pindaan bagi perkara-perkara di bawah Fasal (2) Perkara (3) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui kaedah Perwawai.

Sejarah penubuhan majlis:

Undang-undang penubuhan Majlis: Perkara 36 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) memperuntukkan penubuhan Majlis ini denganĀ  dianggotai oleh 20 orang ahli.

20 orang terdiri daripada mereka yang berikut:-

  1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia
  2. Tengku Mahkota
  3. Setiausaha Sulit kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.
  4. Mufti Kerajaan
  5. Tidak kurang daripada 8 orang dan tidak melebihi 16 orang Ahli lain yang terdiri daripada mereka yang telah menyumbangkan pekerjaan yang cemerlang kepada Kerajaan ataupun yang telah mendapat kepujian di dalam pekerjaan, perusahaan, pertanian, pergerakan pertanian atau perkhidmatan perubatan.

Kini Majlis ini masih berterusan menjalankan tugasnya yang diperuntukkan kepadanya.