LAWATAN RASMI JAWATANKUASA PENERBITAN VIDEO KORPORAT ISTANA KELANTAN KE NEGARA THAILAND

BANGKOK | 28 Mei – 1 Jun 2025 | Rabu – Ahad 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ„π‘ππˆπ“π€π π•πˆπƒπ„πŽ πŠπŽπ‘ππŽπ‘π€π“ πˆπ’π“π€ππ€ πŠπ„π‹π€ππ“π€π πŠπ„ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 π“π‡π€πˆπ‹π€ππƒ Seramai 16 orang delegasi dari Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan rasmi ke Bangkok, Thailand, bagi tujuan mengumpul bahan, data dan foto berkaitan keberangkatan Raja Chulalongkorn ke Negeri Kelantan pada tahun 1905. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif penerbitan Video Korporat Istana Kelantan yang sedang dibangunkan. Rombongan ini diketuai oleh: β€’ YBrs. Encik Mohamed Safarudin bin Ismail Pegawai Protokol, Pejabat Sultan Kelantan β€’ YB Tuan Mohd Almidi bin Jaafar Wakil Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan & Warisan Negeri Kelantan β€’ YBrs. Encik Zaidin bin Mohd Noor Timbalan Pengarah (Sektor Perancangan dan Pengurusan), Jabatan Arkib Negara Malaysia β€’ YBrs. Encik Mohd Shargowi bin Derahman Pengarah, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan β€’ YBrs. Encik Azizol bin Daud Pengarah, Jabatan Arkib Negara Negeri Kelantan β€’ YM Tengku Ahmad Zarir bin Tengku Abdul Rahim Ketua Penolong Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi Kelantan β€’ YBrs. Encik Mohd Izaan bin Ghazali Pegawai Tadbir (Khidmat Pengurusan), Pejabat Sultan Kelantan β€’ YBrs. Encik Mohd Haikal bin Mat Deris Pegawai Tadbir (Media), Pejabat Sultan Kelantan β€’ YBrs. Encik Ahmad Hafiz Hafifi bin Mohd Arif Pegawai Penyelidik 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) β€’ YBrs. Tuan Haji Che Rosli bin Che Saleh Ketua Pembantu Tadbir, Pejabat Sultan Kelantan β€’ YBrs. Cik Farrah Dellah binti Mohd Nor Urusetia β€’ YBrs. Encik Shahrul Hisham bin Abdul Raid Wakil, Perbadanan Muzium Kelantan β€’ YBrs. Encik Mohd Al Azam bin Mat Razi Juruvideo, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) β€’ YBrs. Encik Mohd Hafriez Aiman bin Ibrahim Juruvideo, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) β€’ YBrs. Encik Muhammad Syafiq bin Mohd Sabri Pembantu Tadbir, Pejabat Sultan Kelantan β€’ YBrs. Encik Abdul Halim bin Abdul Rahim Juru Audio Visual, Pejabat Sultan Kelantan Ahli delegasi telah membuat lawatan ke beberapa lokasi strategik seperti Pejabat Kedutaan Malaysia di Bangkok, Jabatan Arkib Thailand, Thailand Grand Palace dan Thailand National Museum. Sepanjang lawatan ke lokasi-lokasi strategik tersebut, para delegasi telah berjaya memperoleh beberapa bahan penting termasuk dokumen bertulis dan gambar-gambar bersejarah berkaitan era pemerintahan Raja Chulalongkorn, serta zaman pemerintahan dua Sultan Kelantan terdahulu, Sultan Muhammad IV dan Sultan Mansur. Maklumat dan bahan-bahan ini amat berharga dalam memperkukuh kandungan sejarah bagi penerbitan video korporat Istana Kelantan, di samping memperkaya dokumentasi warisan negeri. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin menerusi lawatan ini akan memberikan manfaat yang berterusan kepada kedua-dua pihak, serta mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan kebudayaan antara Negeri Kelantan dan Kerajaan Thailand. βΈ» β€œISLAM MEMBIMBING, RAJA MEMIMPIN, NEGERI DIBERKATI” β€œSEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT” ©️ 2025 Hak Milik | MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN