KUALA LUMPUR | 23 Muharram 1447H bersamaan 19 Julai 2025 | Sabtu | 9.00 malam
TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERANGKAT KE MAJLIS SANTAPAN MALAM AMAL YAYASAN SULTAN KELANTAN DARUL NAIM
Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan, telah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Amal Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim sempena Men’s Fashion Week, bertempat di M Resort Hotel, Kuala Lumpur.
Turut berangkat mengiringi baginda:
• Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan
• Yang Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan
• Yang Berhormat Mulia Tengku Sri Kelana D’Raja
Majlis turut dihadiri oleh:
• Yang Berhormat Dato’ Penasihat Undang-undang Kerajaan Kelantan dan Datin
• Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan
• Yang Amat Berusaha Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kelantan dan isteri
• Yang Berbahagia Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kelantan dan Datin
• Ahli-ahli Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim
• Yang Dihormati CP Dato’ Ketua Polis Kelantan dan Datin
• Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan
• Ketua-ketua Jajahan Negeri Kelantan
• Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kelantan
⸻
“ISLAM MEMBIMBING, RAJA MEMIMPIN, NEGERI DIBERKATI”
“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DI DUNIA DAN AKHIRAT”
©️ 2025 Hakmilik | PEJABAT SULTAN KELANTAN