SEJARAH KESULTANAN KELANTAN

Dinasti Chermin

 

Dinasti Chermin atau kerajaan Chermin ialah kerajaan yang memerintah Langkasuka, Kelantan dan Singgora. Kerajaan ini pernah meluaskan jajahan takluknya hingga meliputi Kedah, Perak, utara Sumatera dan Campa. Keturunan Raja-raja kerajaan ini memerintah Kelantan dan Campa di Vietnam.

 

Dinasti Majapahit II

 

 

Dinasti Patani Besar

 

Dinasti D’Raja Jembal

 

Kerajaan-kerajaan Langkasuka-Patani-Kelantan termasuk Dinasti Jembal mengamalkan sistem perwarisan male-preference primogeniture atau primogenitur keutamaan lelaki di mana anak paling tua mewarisi gelaran, harta, atau tanah keluarga, tetapi anak lelaki diberi keutamaan berbanding anak perempuan. Dengan kata lain, jika seorang Raja mempunyai anak lelaki dan perempuan, anak lelaki sulungnya akan mewarisi, tetapi jika tiada anak lelaki, anak perempuan sulung boleh mewarisi.

Ini dapat dilihat dengan jelas dalam pertabalan Ratu Saadong. Baginda mewarisi takhta ayahandanya, Raja Loyor, kerana baginda Ratu Saadong adalah anak tunggalnya. Sekiranya Raja Loyor mempunyai anak lelaki, kemungkinan besar anak lelaki tersebut akan diberi keutamaan. Kenaikan takhta Ratu Saadong berbanding dengan bapa saudaranya (Raja Bahar, Raja Umar dan Raja Sungai) membuktikan bahawa primogenitur (garis keturunan sulung) adalah penting. Anak lelaki lebih diutamakan, tetapi anak perempuan tidak diketepikan.

Hal ni juga dapat dilihat di Patani di mana selepas saudara-saudara lelaki mereka mangkat akibat perang saudara, Ratu Hijau, Ratu Biru dan Ratu Ungu meneruskan pemerintahan sebagai Sultan Patani. Ratu Ungu dapat mewarisi takhta kerana kekanda-kekanda baginda iaitu Ratu Hijau dan Ratu Biru tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak. Kemudiannya, puteri Ratu Ungu iaitu Ratu Kuning menaiki takhta sebagai Sultan Patani menggantikan ibunda baginda kerana baginda Ratu Kuning adalah anak tunggal Ratu Ungu tanpa saudara lelaki. Jika Ratu Ungu mempunyai anak lelaki semestinya anak lelaki ini akan menjadi Sultan Patani.

Selepas penurunan takhta Ratu Saadong secara sukarela tanpa zuriat sebagai pewaris, takhta Kelantan tidak diwarisi oleh ibu saudara Ratu Saadong atau mana-mana sepupu perempuan (Raja Aminah Binti Sultan Umar dan Raja Pah Binti Sultan Umar) sebaliknya dipindahkan terlebih dahulu kepada adinda lelaki suaminya yang juga sepupunya (Raja Abdul Rahim bin Raja Bahar), kemudian kembali kepada bapa saudara Ratu Saadong Raja Umar, dan seterusnya kepada anak lelaki Raja Umar iaitu Raja Kecil Sulung. Ini mencerminkan pengembalian semula perwarisan kepada garis lelaki setelah seorang ratu yang memerintah tidak mempunyai anak baik lelaki mahupun perempuan.

Dinasti Wan Daim Datu Pengkalan Tua

 

  • 1721-1733: Long Bahar, adalah putera kepada Datu Pengkalan Tua Wan Daim bin Wan Nik Ibrahim (Po Ibrahim) (Raja Jambu di Pattani dan Pengasas Dinasti D’Raja Champa-Pattani) Ibni Nik Mustafa (Po Rome) Ibni Wan Abul Muzaffar Waliyullah. Po Rome merupakan Raja Champa yang terkenal dan disegani oleh bangsa Viet. Wan Daim berkahwin dengan Che’ Dewi anak Sri Diraja Patani melahirkan Long Bahar. Waris-waris Wan Daim kemudiannya akan menurunkan Long Gaffar (cucu Wan Daim) dan Long Yunus (cicit Wan Daim melalui Long Bahar) yang membahagikan Kelantan kepada Kelantan Barat dan Kelantan Timur, yang mana keturunan mereka seterusnya menjadi seteru hebat dan mencetuskan perang saudara yang dicatatkan membunuh ribuan nyawa rakyat Kelantan. Anak Wan Daim iaitu Long Bahar kemudian menjadi Raja Patani pada tahun 1710 tetapi digulingkan oleh Raja Laksamana Dajang pada tahun 1714. Sebelum masuk campur dalam politik negeri Kelantan, baginda Long Bahar berkahwin dengan Raja Perempuan Patani bernama Raja Mas Kelantan dan kemudian pula berkahwin dengan Raja Pahanak perempuan bongsu Sultan Umar Ibni Raja Sakti I daripada wangsa Jembal. Long Bahar kemudian menjadi Raja pemerintah Kelantan dan ditabalkan di Kota Jembal bagi menggantikan kekanda iparnya daripada dinasti Jembal Raja Kecil Sulung yang merupakan putera sulung Sultan Umar yang mana Raja Kecil Sulung memerintah secara singkat pada tahun 1721 akibat melalui percaturan isteri muda Long Bahar yang juga adinda kesayangan Raja Kecil Sulung iaitu Raja Pah. Raja Pah dan Long Bahar berjaya mengetepikan kekanda-kekanda Raja Pah selain Raja Kecil Sulung, iaitu Raja Ngah Udang, Raja Sakti II dan Raja Aminah sebagai penerus pemerintahan dinasti Jembal.[7] Malangnya Long Bahar menaikkan anak lelaki baginda bersama Raja Perempuan Patani bernama Raja Mas Kelantan iaitu Long Sulaiman sebagai pewaris Sultan Kelantan. Anakanda-anakanda Raja Pah terpaksa akur hanya menjadi pemerintah-pemerintah kampung iaitu Tuan Kundur yang berpangkat Raja Muda (Raja Muda Kota Seneng), Tuan Nik Junuh, Tun Raja Ali, Tuan Che Wook (Raja Neng Hitam Kota Seribung) dan Long Nik Halus (Raja Bongsu).
  • 1734-1739: Raja Long Sulaiman(Kali pertama)
  • 1739-1746: Perang Saudara Kelantandan antara pemerintah (Perang Saudara)| en:Interregnum
  • 1746-1756: Raja Long Sulaiman(Kali kedua)
  • 1756-1758: Raja Long Pandak
  • 1758-1763: Raja Long Muhammad
  • 1763-1795: Long Yunus
  • 1795-1800: Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad(putera ke-6 Sultan Mansur Terengganu, menggunakan gelaran Raja dan Yang Di Pertuan Muda Kelantan dan juga menantu Long Yunus)
  • 1800-1835: Sultan Muhammad I(putera ke-6 Long Yunus)
  • 1835-1837: Yang Di-Pertuan Muda Long Zainal(putera ke-5 Long Yunus)
  • 1837-1886: Sultan Muhammad II(Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah) mempunyai zuriat iaitu:
  • 1886-1889: Sultan Ahmad
  • 1889-1890: Sultan Muhammad III(putera Sultan Ahmad)
  • 1890-1899: Sultan Mansur(adinda Sultan Muhammad III)
  • 1899-1920: Sultan Muhammad IV(putera Sultan Muhammad III)
  • 1920-1944: Sultan Ismail(putera Sultan Muhammad IV)
  • 1944-1960: Sultan Ibrahim(adinda Sultan Ismail)
  • 1960-1979: Sultan Yahya Petra(putera ke-2 Sultan Ibrahim)
  • 1979-2010: Sultan Ismail Petra(putera Sultan Yahya Petra)
  • 2010-kini: Sultan Muhammad V(putera Sultan Ismail Petra)